Thursday, May 29, 2014

Hebatnya wanita

Sekadar perkongsian

Alhamdullilah, beruntung la kita menjadi seorang wanita yang amat dipandang tinggi dan tingginya darjat seorang wanita disisi Allah. 



Dari aspek penciptaan lelaki dan wanita, kedua-duanya berkongsi sifat kemuliaan insan. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Wanita mempunyai hak-hak ke atas lelaki sebagaimana lelaki mempunyai hak-hak ke atas wanita. 

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud :

"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (Ingatlah), Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana."

Perkongsian dr Hadis riwayat Anas Bin Malik tentang 8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...yang penting, keimanan dan ketaqwaan seseorang yang menjadi alat pengukur darjat seseorang disisi Allah dalam perjalanan kita meraih syurga yang kekal abadi ;)



No comments:

Post a Comment